Wednesday, March 30, 2011

ANNOUNCEMENT ? tlg fikirkan balek ~

2
10:52:00 PM


Larangan Membawa Kenderaan Kepada Pelajar Sepenuh Masa KUIS bermula sesi Mei 2011/2012

Saya sebagai salah seorang mahasiswi yang membawa kenderaan ke kolej, minta untuk pihak atasan pertimbangakan semula dengan peraturan baru.
KERANA banyak yang seharusnya pihak atasan mengambil berat, antaranya :

  1. Kereta Sewa : Duit Sewa Kereta + Duit Minyak = RM?? , Jika nak dibandingkan mempunyai kenderaan sendiri..
  2. Bas KUIS : Bas tidak setiap masa ada, bagaimana sekiranya berlaku kecemasan ketika waktu malam ?
  3. Kami selalu mendapat tugasan luar, bagaimana sekiranya memerlukan kami untuk menyiapkan tugasan..kereta sewa ? setengah hari sudah mencecah RM60-80 itu tidak termasuk dengan duit minyak lagi..kami mahasiswa menuntut ilmu..duit lebihan PTPTN digunakan sebagai wang saku..kami menuntut ilmu BUKAN NYA BERGAJI..
  4. Tahap kebersihan cafe-cafe yang ada di dalam KUIS ? TIDAK MEMUASKAN!
Biarpun ada diantara perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan isu ini, tapi minta untuk pihak atasan pertimbangkan semula mengenai isu ini...Mohon..

p/s : Segala kekasaran bahasa atau ada yang kurang sopan dengan kata-kata ini..saya mohon maaf sekiranya terdapat perkara-perkara yang menyinggung perasaan mana-mana pihak..

Saya Cuma Menuntut Keadilan Sebagai Mahasisiwa ~

2 comments:

Tuesday, March 29, 2011

waiting ~

0
11:27:00 PM

every night ~

every day ~

ur still in my heart :)


0 comments:

10 Petanda Dia Jodoh Kita by iluvislam :)

3
11:13:00 PM


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing

dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apa

bila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak me

nyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara

yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia

ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yan

g dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri

pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pas

ang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan kebur

ukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SW

T. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan b

aik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

- Sumber gambar : allisina.org


3 comments:

Monday, March 28, 2011

Oh! Kejadian Terindah ~

0
2:24:00 PM


Cerita Menarik Yang Mahu Dikongsi Sama Koranglah ~


ha! nampak kan kek nehh ~

Secret Recipe : Chocolate Chip Walnut - yummy :)

Ini kek paling terbaiklah kan..

Besday Girl pegi beli sendiri laa..

Kata-kata dekat kek tu pun saya yang bagi..

haha! terbaikkan!

besday sendiri..beli kek sendiri..sambut seb bek ngn fmly..bkn smbut sendiri..

pape pun..

sudah 20 tahun berpijak di bumi ini..

sgt bersyukur dengan segala pemberian yang telah dikurniakan Allah s.w.t ~

0 comments:

Oh! Manusia ~

0
1:23:00 PM
السلام عليكم

Kenapa ?
Kenapa ?

Kenapa Manusia Bila Susah Baru Nak CARI ??

Masa Bila Senang, Lupa DARATAN !

Tolonglah Wahai Manusia ~

Saya Cukup BENCI Manusia Sebegini ~





0 comments:

Friday, March 25, 2011

CUKUP PANTANG !!

0
12:14:00 AM
السلام عليكم

haihh! cukup PANTANG !

Lumrah hidup duniawi DENGKI SESAMA MANUSIA !

Sememang nyer Allah s.w.t ciptakan manusia dengan macam-macam PERASAAN..

tp yang paling xbleh trima, ORANG DENGKI !

Sepatutnyer kita hidup dekat dunia ni, tak perlulah nk berasa dengki or iri hati dengan rezeki seseorang..tak kemane sgt pun kalau terus BERHATI BUSUK LA WEII!

Rezeki seseorang tu mmg sudah ditentukan oleh Allah s.w.t..

Nak xnk MANA2 MANUSIA BERHATI BUSUK NEHH KENALAH TERIMA KENYATAAN KAN !!

Diri Sendiri Tahu Apa Yang Mampu Dilakukan ~

Jangan Nak Mengkritik Orang Lain Sedangkan Diri Sendiri Tunggang Tebalik,okayy !


0 comments:

Thursday, March 24, 2011

Happy Birthday To Me " 20th "

0
11:00:00 PM


Please ! Nak Cup Cakes ELMO !!


Syukur !

Sepanjang 20 tahun berada d bumi yang indah :)

Banyak pengalaman, kedukaan & musibah yang dihadapi ~

Segala yang terjadi akan dijadikan pengajaran untuk menempuh hari-hari yang mendatang ~



0 comments:

L O V E ~

0
7:14:00 PM

0 comments:

Thursday, March 10, 2011

Hati ~

0
4:41:00 PM

السلام عليكم

Terukir Sebuah Cinta ~

Cinta Itu Suci
Seandainya Saling Mengasihi

Cinta Itu Sejati
Seandainya Saling Mempercayai

Cinta Lebih Bernilai
Dari Emas Dan Permata

Genggamlah Cinta Sekuatnya
Kerana
Ia Mampu Membahagiakan Kita

Kehilangannya
Mungkin Perit

Cinta Itu Umpama Udara
Yang Menghidupkan Kita

p/s : Maaflah, Ini Rekaan Sendiri..so xbpe nk kne sgt ayat nyer :)

Kekayaan Dan Bahagia : Aku Pilih Bahagia..Kekayaan Belum Tentu Mampu Untuk Membahagiakan Kita ~


0 comments:

Mereka Kesayangan Kami :) Part 2 ~

2
4:19:00 PM


hehe, feveret Kiara ~







hehe..comell :)




seminggu sblm TAM mati ~

Saat terakhir mereka bersama :')


Tiada pengganti ~




HITAM ITU MENAWAN :)

neyy gmba first KIARA, kcik lagi mase ney..Kiara kne tinggal ngn mak dye, so my dad ambk la dye kat R&R Mont Kiara..disitu la dpt name KIARA :)

2 comments:

Mereka Kesayangan Kami :)

2
3:40:00 PM


السلام عليكم

hye..hye sumee :)
nak introduce sket nehh..
kesayangan kami :))

ney TAM, ade kisah sedey psl Tam..klau nk tawu kena la bce smpai abes ~

ney plak MANJA :)

last skali KIARA ~

comel kan mereka :)

okayy,ttg TAM ~
biarpun dye hitam legam, dye ttp baikk :)
ape yg menarik ttg TAM neh, keje dye makan tdo..makan tdo..
haha,standard la kan mmg kucing itu jer kje nyer..
hehe..tp TAM umur dye xpnjang :'(
seminggu dye suke sendirian..xlalu mkn..
diamm je dye..last2 anta klinik..
then lepas smggu..
doc call my mum ~
"puan, sya mintak maaf krn tidak dpt selamatkan TAM..TAM dah mati disebabkan lukiemia.."
waw! cube bayangkan prasaan korang..kucing yg slame ney bwat korang tegelak..ttbe mati..sbb lukiemia..xsangka kucing pun kne pyakit lukiemia..pape pun itu semua kehendak-Nya :)
kami sekeluarga sukar nk trime knyataan kehilangan TAM :'(
kadang2 terdengar suara TAM memanggil :'(
at last..lame2 dpt gakk lupe kan ~

itulah kisah ttg TAM ~

2 comments:

Tuesday, March 8, 2011

Wahh..so sweet :)

0
11:35:00 PM
السلام عليكم


"Lalu malam itu juga aku berdoa, walau apa pun terjadi, walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun, mohon dijauhkan, mohon jangan dibiarkan syaitan merasuk aku hingga memukul cintaku"

sangat sweet ayat ney..i likee :)

ayat dipetik daripada blog http://zahiriladzim.blogspot.com/

p/s : kepada lelaki yang bakal menjadi suami..janganlah didik isteri mu dengan pukulan tangan mu..didiklah dengan hati yang lembut..kasih sayang itu manis jika saling mengasihi :)


0 comments:

Faceblog ~

0
5:47:00 PM
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Edit

0 comments:

Monday, March 7, 2011

Sick ~

0
4:03:00 PM
السلام عليكم

kesihatan masih di dalam keadaan yang kurang baik..

"setiap penyakit ada penawarnya"

cepat la baikkk!

senang nk bwat kje..

xselesa...

:(

p/s : pray for me..May Allah Bless You ~

0 comments:

Song In My Mind

Powered by Blogger.