Tuesday, January 15, 2013

Kekurangan Masa

0
2:37:00 PM
Assalamualaikum, semua *walaupun tak ada orang* HAHA

Disini nak mengatakan sifat malas dalam diri untuk update blog sedang melanda diri sebab malas.

So akan mengambil masa setahun/dua tahun untuk kembali pulih mengetuk story.

Harap maklum, sekian.

Wassalam ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Continue reading →

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

0
9:31:00 PM
Assalamualaikum semua!

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, melihat keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan

Salam Aidiladha.

Ikhlas Nur Arina :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Continue reading →

Wednesday, October 24, 2012

Hati-hati !

0
12:45:00 PM
Assalamualaikum dear followers terchenta :)

Perasan tak sejak-sejak akhir ni produk nak kurus semakin berleluasa jual nak sebut brand nanti kena 'tembak' pulak kann..

PESANAN : saya mohon hati-hatilah dengan produk yang dijual secara online atau secara lebih kurang macam 'MLM' ni, ada sesetengah produk yang tak ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Memanglah jangka/tempoh keberkesanan produk terbabit cepat, tapi mungkin ada kesan dalam jangka masa yang panjang.

Sekali lagi, hati-hati dengan setiap pembelian produk sebegini..bukanlah nak menutup periuk nasi orang tapi fikirkanlah nyawa anda sendiri.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Continue reading →

Monday, October 22, 2012

Templates Updated!

0
3:03:00 PM
Assalamualaikum semua :D
Actually tak berapa suka yang too crowded, so ini yang simple..moga tak sakit matalah nak baca :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone Continue reading →

Friday, October 19, 2012

Al-Fatihah

0
2:31:00 PM
Assalamualaikum semua :)

Hari ni masuk hari yang ke-22 kembalinya 'second cousin' ke rahmatullah.

Mohon sahabat-sahabat sekalian sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

Allahyarham Zakwan Anuar, 15

Sewaktu hayatnya masih ada, ini adalah kenangan manis arwah yang sempat bertemu dengan Kate Middleton yang membuat lawatan ke Malaysia baru-baru ini.

Ini adalah gambar arwah dua minggu sebelum meniggalkan kami semua..
Arwah seorang penghidap leukemia ketika masih berumur 12 tahun.
Setelah begitu lama melawan penyakit, pada umur yang masih muda 15 tahun pada tanggal 27 September 2012 siapa tahu dia dijemput Allah terlebih dahulu.
Sedih tak sedih, arwah seorang yang sangat baik. Saat melihat arwah buat kali yang terakhir, tak dinafikan sebak melihat arwah ketika itu.
 Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman & soleh.

AL-FATIHAH.
Continue reading →

Song In My Mind

Powered by Blogger.