Saturday, November 27, 2010

Broga Hills ~

0
11:31:00 PM

Bukit Broga ( Pengisian Masa Lapang )

27 November 2010 - SABTU

Kami sekumpulan telah berjaya menawan Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Kira-kira mengambil masa sejam untuk sampai ke sana. Pada jam 8.00 pagi kami telah bertolak dari KUIS menuju ke destinasi dan pada jam 9.00 pagi kami sampai di Bukit Broga. Kalau korang nak tahu plan ni tak rancang pun sebenarnya, “Last Minute Vacation” la katakan,Haha!

Untuk siapa-siapa yang tough je mampu sampai ke puncak. 1.7 kilometer daripada bawah nak naik sampai puncak.

Tapi itu pun dah mengambil masa sejam untuk sampai kat puncak, masa dalam perjalanan nak sampai puncak tuu..hAdoiii! memang tahap gaban tercungap-cungap mana taknya..sampai-sampai je turun je dari kereta terus panjat…memang taklah ! dengan tak warm up nyer..last-last..pancit bila tinggal suku je nak sampai atas..mana tak nyer..sarapan roti setengah keping je pagi tuu..PADAN MUKA !!

Meriah rupanya Bukit Broga ni, ramai yang datang..sampai budak kecik pun larat nak naik atas..

Memang banyak pengalaman lah !

Rugi kalau siapa-siapa tak panjat !

Bila dah sampai puncak..BERBALOI-BALOI dengan hasil titik peloh korang kerah tenaga nak panjat bukit neh..

Tapi memang tabik spring lah dkat Dato’ Sheik Muzaffar & Dr.Halina , mampu mereka nak panjat dengan bawak baju lagi..Caya lAh !

ENJOY WITH REEN, KAK BELL, TYA, PYA, SHERA & HUMAIRA :)

SAYAbanggaJADIrakyatMALAYSIA ~

P/S : Jika Saya Ada Masa Lagi, Memang Nak Naik Lagiiii ~

Ini Ada Sedikit Gambar Tapi Nak Lebih Banyak Lagi Dekat FACEBOOK ~







Broga Hills by reen | photographer

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Song In My Mind

Powered by Blogger.